Assalamulaikum.
'Nak
buat itu tak boleh, nak buat ini tak boleh!'
'Agama
ni memang menyusahkan, semuanya haram!'
Kita selalu mendegar rengetan yang
berbunyi seperti diatas bukan..? Ramai yang mempertikaikan mengenai
larangan-larangan yang telah ditetapkan Allah dalam kehidupan seharian kita.
'Terlalu dikongkong', 'hidup tidak bebas' antara dakwaan-dakwaan yang sering
dilemparkan kepada Pencipta kita sendiri oleh manusia yang tidak sedar diri.
Siapakah kita untuk mempersoalkan urusan Dia..? Siapakah kita untuk
mempertikaikan ketentuan Dia..?
Tetapi disana jika diperhatikan dari kaca mata ilmu, jauh lebih banyak perkara yang 'dihalalkan' berbanding perkara yang 'diharamkan' didalam agama namun tidak seorang pun dari kita yang bersyukur akan kelebihan tersebut walaupun ramai yang mengetahui hakikatnya.
Tetapi disana jika diperhatikan dari kaca mata ilmu, jauh lebih banyak perkara yang 'dihalalkan' berbanding perkara yang 'diharamkan' didalam agama namun tidak seorang pun dari kita yang bersyukur akan kelebihan tersebut walaupun ramai yang mengetahui hakikatnya.
Coba renung seketika apa yang dimakasudkan dengan hukum 'haram':
Perintah
dari Allah supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang tegas dan
pasti. Orang yang mengerjakannya akan dikeji manakala yang
meninggalkannya mendapat pahala.
Mungkin ramai dari kita yang menyangka bahawa cara untuk memperolehi pahala adalah dengan hanya melakukan apa yang diperintahkan. Namun, tidak ramai yang mengerti bahawa meninggalkan sesuatu larangan juga membuahkan pahala. Selagi mana kita tidak melakukan perkara yang haram seperti berzina, mencuri, minum arak dan sebagainya, selagi itulah kita akan berterusan memperolehi pahala dariNya.
Ada sebab Allah mencipta sesuatu 'suruhan' dan 'larangan'. Kerna Dia tahu hambanya sukar untuk memasuki syurga dengan hanya melakukan apa yang diperintahkan. Dengan itu, Dia menyediakan 'larangan' sebagai bantuan kepada kita untuk mengecapi nikmat Al-Jannah. Perkara ini juga selari dan sesuai dengan apa yang dimaksudkan dengan 'takwa'
Meninggalkan apa yang dilarang oleh
Allah, Dan melakukan apa yang diperintahkannya
Jadi untuk memperolehi ketakwaan yang
sebenar, ia tidak akan lari dari melakukan 'suruhan' dan meninggalkan
'larangan'. Tidak layak bagi kita untuk digelar sebagai Muttaqin yakni
'orang-orang yang bertakwa' selagi mana kita tidak mematuhi dua prinsip diatas
kerna itulah hakikat sebenar sebuah ketakwaan.
Berhentilah mengeluh dengan apa yang
sudah disyariatkan, berusahalah untuk mengejar kemanisan iman,
mudah-mudahan kita berjaya mengecapi nikmat ketakwaan
No comments:
Post a Comment